SEKOLAH KEBANGSAAN LANAI

Sekolah Kebangsaan Lanai D/A Pejabat Pelajaran Daerah Lipis 27200 Kuala Lipis Pahang DM

cba3061.sklanai@gmail.com


Perbezaan jurang pendidikan di sekolah pedalaman dan luar dirapatkan dengan menyediakan kemudahan yang mencukupi.

            Pada tahun 2000, buat pertama kalinya murid tahun enam mula menduduki UPSR. Namun begitu keputusannya agak mengecewakan. Tiada pelajar yang lulus semua matapelajaran. Malah tiada pelajar yang lulus walaupun satu matapelajaran. Begitu juga pada tahun 2001 sehingga tahun 2003 masih tiada pelajar yang lulus kesemua matapelajaran. Namun begitu terdapat peningkatan dalam peratusan kelulusan matapelajaran dari tahun ke tahun. Ini menaikkan semangat para guru untuk terus berusaha untuk kecemerlangan murid-murid  seterusnya menaikkan nama sekolah.

             Usaha gigih dan tidak jemu guru-guru akhirnya berbalas apabila dua orang calon UPSR 2003 telah lulus semua matapelajaran. Walaupun keputusannya tidak membanggakan namun ia sebagai penyuntik semangat kepada semua untuk terus berusaha tanpa rasa jemu.

             Pencapaian murid dalam peperiksaan dan ujian bulanan yang dibuat menunjukkan peningkatan dari masa ke semasa. Walaupun peningkatannya sedikit, namun jika diberi bimbingan yang bersungguh-sungguh murid-murid  ini pasti berjaya mengukir sejarah mereka sendiri. Pelbagai program yang dirancang dan dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik mereka. Antaranya panitia matapelajaran memainkan peranan mengadakan Program Mari Membaca, Bijak Sifir, One Book A Month, Kuiz Matapelajaran, Kem Motivasi dan banyak lagi. Semuanya adalah untuk meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah murid-murid agar mereka tidak terus ketinggalan arus kemajuan. 

Free Web Hosting